Alhamdulillah..
Usrah malam semalam memberikan saya dan ‘kakak-kakak’ saya lagi satu ruang dan peluang untuk bertemu dan berukhuwah. Saling berkongsi pendapat, ilmu, isu-isu semasa dan lain-lain. Dan juga seperti selalunya, kak Hajar lah yang paling banyak berkongsi sebab kak Hajar rajin study dulu sebelum datang usrah. huhu.. Tak kurangnya dengan kakak-kakak saya yang lain: kak Ain, kak Aifa dan kak Wan. Saya pulak, banyak menyakat kak Wan je sebab the only one ustazah dalam usrah. Maaf ye kak Wan. Naqibah saya terpaksa redha jelah dapat anak usrah macam saya ni. So, saya ulang semula bahawa saya sangat bersyukur sebab masih diberi lagi satu ruang dan peluang untuk bertemu, berukhuwah dan 'menyakat'. hee.. Gurau je, jangan marah ye kakak-kakak ku~ (^_-)v

Dalam banyak-banyak perkara yang diperbincangkan, suka untuk saya kongsikan mengenai satu persoalan yang dilontarkan di dalam usrah semalam. Dan saya ingat nak panjangkan lagi perbincangan ini dengan pembaca semua.
"Perlukah seseorang da'ie tu mengubah penampilannya mengikut keadaan masyarakat (mad'u)?"
Maksudnya di sini, apakah perlu da'ie mengubah pakaiannya mengikut keadaan mad'u? Persoalan ini timbul bila seseorang da'ie itu merasakan bahawa dirinya perlu memakai seperti mad'unya atau paling tidak pon,seakan-akan mad'unya supaya mad'u tersebut lebih mudah untuk dihampiri atau dengan kata lain lebih mudah untuk berdakwah kepada mad'u tersebut.
Sebagai contoh kita nak berdakwah kepada geng-geng mat rempit. Ataupun kumpulan manusia di pedalaman yang kalau mereka tengok kita pakai jubah, kopiah atau tudung labuh tu, mereka nampak macam pelik je kita ni. Nak datang dekat pon susah. Jadi, bila keadaan macam ni, perlu lagi ke kita untuk mendatangi mereka dengan keadaan lengkap berserban, berjubah semua tu? Itu belum masuk lagi dengan tiba-tiba bagi tazkirah dan baca hadis atau ayat Quran. Mahu ke mereka nak dengar ye?
Bagi saya, tak salah rasanya kalau kita menukar sedikit penampilan kita andai kata itulah yang terbaik untuk kita mendekati mad'u. Selagi perubahan itu tidak menjatuhkan maruah kita sebagai da'ie, teruskan jelah. Maksudnya, aurat tu still terpelihara. Andai kata kita pon sama je akhlak (kalau tak baiklah) macam mad'u kite, tak jadi da'ie lah kita. Patut nya kita buat mereka mengikut jejak kita tapi ini kita yang ikut jejak mereka. Kita pulak yang di 'dakwah'.
Tapi saya tak nafikan. Ada juga sesetengah pendakwah yang boleh mendekati golongan-golongan seperti di atas dengan penampilan ustaz-ustazah. Mungkin gaya bahasa dan lenggok bicaranya penuh hikmah dan menarik hati mad'u nya. Tak mustahil juga kalau begitu. Masing-masing ada kelebihan dan cara tersendiri untuk mendekati mad'u. Dan kelebihan itu bukan hanya terletak pada penampilan sahaja,malah bicara atau qudwah yang ditunjukkan. Terpulanglah pada kita macam mana sekalipun asalkan tak menjejaskan persepsi masyarakat sekeliling terhadap pendakwah, sudah. Takkan la kalau kita nak tegur orang hisap dadah, kita pon join sekaki hisap dadah kan.
"Mana boleh tukar penampilan kita. Kita sebagai pendakwah kena ada identiti kita sendiri. Kenapa perlu kita tukar penampilan dan ubah pendirian yang kita pegang selama ni? Kita dakwah lah macam biasa. Tengok macam Rasulullah s.a.w. Baginda tetap dengan penampilan baginda untuk berdakwah dengan pelbagai negara yang punyai macam-macam budaya dan bangsa. Mengapa perlu kita?"
Kalau respon yang macam ni, bagaimana pulak ye?
Kalau nak pastikan dalam sejarah ada atau tak Rasulullah mengubah penampilan tu, saya tak mampu nak pastikan. Mungkin ada yang boleh kongsi. Tapi kalau benarlah tiada, macam mana ye? Rasulullah ok je, tak kan kita nak tukar pulak.
Mungkin ketika zaman Rasulullah tersebut, jubah adalah satu pakaian tradisi yang orang kafir pon pakai jugak. So, takdelah janggal sangat. Lagipon, Rasulullah kan memang sah-sah di label sebagai role model Islam. Baginda well-known sebagai pembawa agama Islam. Baginda ke sana ke mari pon memang di kenali sebagai pembawa agama suci. Penyesuaian penampilan bukan perkara utama. Yang penting dakwah dilaksanakan.
Setiap detik dan masa kita haruslah dipenuhi dengan dakwah. Ia sentiasa berjalan kerana itulah core business kita. Dalam kita berdakwah ni pula, perlu ada seni nya. Seni-seni dalam berdakwah. Gaya kita memikat mad'u, menguasai mad'u, mengikat hati mad'u dll. Mudah kata, Dakwah Fardhiyyah (DF). Macam-macam cara , gaya dan seni ada. Antaranya, mungkin memerlukan sedikit perubahan penampilan. Dan adakalanya, tak perlu pon. Mengikut masing-masing lah. Seperti yang saya katakan sebelum ni, selagi kene gaya dan adabnya, tak ada masalah.
Faktor pemakaian memang ada peranannya. Namun pakaian yang diubah suai tetap sekunder, bukan yang utama.


5 pendapat pemerhati pengembaraanku:
salam..
alhamdulillah.. bagusnya berkongsi ilmu yg dapat masa usrah..nampak macam kecil sahaja peranannya, tapi insyaAllah besar manfaatnya..
bak kata syeikh abul a'la maududi dalam buku 'beberapa peringatan utk daie' :
"sebenarnya medan jihad di jln Allah ini tidak semestiny sentiasa panas. tidak semua org semestiny berjuang di barisan hadapan. tetapi, sekali berjuang perlu persiapan yg bertahun2 lamanya. sekirany disana terdapat beribu2 pejuang d barisan hadapan, jgn lupa disebalikny ada beratus ribu yg bekerja dlm hal yg berkait dgn perjuangan itu.."
got d point?
terbaek!!! gaya bahasa pun ubah sikit..macam dalam buku hasil seni cik cahaya kematangan ni..hehe
usrahmate: jazakillah kak..i got it..setiap da'ie ade peranan masing2 dan di posisi nya masing2..ikut kemampuan..yang penting,dakwah kita jalankan sama2..rite? :)
(macam tahu je sape ni..hee..)
dato': thanx..perli tak habis2 la dato' ni..ish..buku tu just be myself la..huhu..
hoo.betul la tu.takkan daie ustaz nak ikut gaya mat rempit gak.semua ada medan masingmasing.daie ustaz tackle orangorang yang boleh lekat dengan ustaz.daie mat rempit tackle orangorang mat rempit.daie doctor tackle pesakit.daie mechanic tackle pelanggan kereta rosak.daie computer tackle pelayar alam maya..blablabla..yang penting mainkan peranan masingmasing dengan bersungguhsungguh.
satu pencerahan yg baik..thanks..betul tu..bila semua main peranan masing2,insyaAllah lbh mudah untuk kita gapai ustaziatul alam yang kita dambakan..dan tak salah pun kalau kita nak mendekati mad'u yang jauh dr golongan kita..boleh belajar jugak dari mereka :)
Post a Comment